Skip to content

Terima kasih

Aku hari ini
Dan segala cerita diri
Yang dimuntah pada kamu
Adalah perbuatan lalu

Aku dan cerita itu
Membawaku pada ceritamu
Membawa aku
Kepada kamu.

Senyum yang melemahkan
Jemari pada tangan
Dan mata jujur yang meringan hukuman
Satu penerimaan

Adalah tempat selamat
Buat aku berehat
Dari dunia yang semakin kejam
Dan tidak mungkin akan faham

Terima kasih.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *