Skip to content

Dua titik

Antara dua titik masa
Adalah aku
Dan seribu rangkap perbualan
Bermain bak lagu di fikiran
Ada juga angan-angan palsu
Dan keinginan
Dalam sela-sela ingatan
Tentang kamu
Pada waktu itu.

Antara dua titik masa
Adalah rindu
Yang aku tinggalkan dengan kepastian
Walau selautan luasnya
Tiada jawapan
Mungkin juga seperti luasnya langit biru
Di mana ada kamu
Sebagai kenangan.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *